27 November 2015

Cerpen | Iktibar untuk wanita muslim


Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.

Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.
Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.

Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.
Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
SEMOGA KATA DEMI KATA yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini...MENJAWAB PERSOALANNYA..

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.

Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.
Annisa: apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.

Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.

Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.
Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.

BARU KU MENGERTI RUPANYA...(t_t)...
"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"
Tak tahan airmata ini pun jatuh. ALLAH YG MAHA MELIHAT AKAN SEGALA AMAL SESEORANG HAMBA MAHU PUN YG ZAHIR DAN BATIN... Amin.

Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kaum hawa sekalian.., wassalam.

Credit : sini

Tazkirah 4 | Lelaki


"Lelaki tak di katanya kuat selagi mana dia tak mampu nak mengimamkan solat jemaah okey "
Jadinya selagi ada peluang , rebutlah..
Tak susah pon cuma kena usaha lebih sikit jea...
Mana tahu ketemu bakal mertua..

Selamat Beramal 

Tazkirah 3 | Sabar


Sabar..
Sabar itu bukan berapa lama kita mampu menunggu.
--
Namun, sabar itu bagaimana akhlak kita semasa menunggu..
-Al Addaruquthni

14 November 2015

Tazkirah 2 | Perkataannya



Pemilihan kata-kata itu mencerminkan isi kepala orangnya,
maka orang yang baik hanya menyampaikan hal yang baik.

Bila kita ingin mengetahui kepribadian seseorang,
lihatlah dengan siapa ia berteman dan berkumpul.

Maka kebenaran tak pernah berpihak pada dia yang buruk tuturnya,
dan kebaikan tak pernah bersanding dengan yang kasar perangainya.

4 November 2015

Tazkirah 1 | Hikmah disebalik kejadian



Allah tidak pernah silap percaturan.
Walaupun kadangkala nampak salah
di mata kita, suatu hari nanti kita
akan faham semua takdir Allah.

Jangan sesekali menyesal dengan
takdir Allah. Apa yang ditakdirkan
Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya. Ingatlah!

1 November 2015

Elektrik | Jenis-jenis kilat



  1. Pancaran kilat yang kecil lebih kurang 30 ribu amp.
  2. Pancaran kilat yang ekstrim lebih kurang 300 ribu amp atau sehingga dua juta volt elektrik.
  3. Kilat bebola, yang mana jarang berlaku dan ia sebesar saiz bola keranjang yang dilihat seperti bentuk bebola terapung. Tidak berbahaya.
Lihat video di bawah mengenai kilat :

  • Video 1 – Secara dekat sambaran kilat
Close-Up Of A Lightning Strike

  • Video 2 – Penerangan Terperinci Kejadian Kilat
Lightning - What is it? How is it formed?

  • Video 3 – Penerangan Sains 
Science Explains Lightning

  • Video 4 – Kilat – Penerangan daripada Discovery Channel 
How lightning forms


Credit : SINI

Elektrik | fakta tentang kilat


Apa Yang Menyebabkan Kilat Terjadi

Dalam keadaan ribut petir, terbentuk keadaan elektrik yang besar di dalam awan apabila cecair dan zarah – zarah ais mencapai keadaan beku dan berlanggar. Apabila keadaan ini sudah cukup besar, terjadinya percikan api yang besar antara mereka (elektrik statik) mengurangkan cas yang berasingan. Percikan kilat boleh berlaku antara awan – awan, antara awan dengan tanah atau antara awan denga udara.

Fakta Kilat 

Kilat menyambar lebih kurang seratus kali per saat di permukaan Bumi yang mana lebih kurang tiga bilion kali setahun. Kilat boleh menyambar beberapa batu jauhnya dari keadaan ribut petir. Jika anda melihat wana tebal menghampiri, segera mencari perlindungan.

Beberapa tip untuk keselamatan anda jika di luar pada ketika ribut kilat.

       => Jauh dari benda yang cenderung disambar oleh pancaran kilat :


  • Objek logam termasuk pagar, paip, landasan keretapi, kenderaan dan lain – lain 
  • Kawasan banyak air yang terbuka
  • Kawasan yang ramai orang
  • Pokok
  • Tiang telefon
Adalah satu idea yang tidak baik untuk berdiri di atas bukit atau pada titik paling tinggi dalam satu – satu kawasan. Cari tempat yang rendah seperti lembah atau jurang. Kilat akan menyambar pada titik yang paling tinggi, jadi pastikan anda tidak berada di tempat tersebut.

Jika berada di kawasan lapang tanpa tempat berteduh apabila kilat sedang menghampiri, bongkok ke hadapan dan tangan di atas lutut. Jangan meniarap di atas tanah. Jika anda rasa rambut anda sedang menegak pada satu hujung, berhati – hati kerana ini adalah isyarat bahawa kilat akan menyambar anda.

Apa perlu dilakukan jika seseorang cedera akibat sambaran kilat?

Dapatkan bantuan kecemasan dengan mendail 9-9-9. Lakukan CPR jika mangsa tidak bernafas – menyentuh mangsa tidak akan menghasilkan kejutan elektrik. Beringat bahawa mangsa telah terbakar terutama sekali jika mereka memakai objek logam seperti, jam tangan, barang kemas atau kepala tali pinggang. Teman mangsa sehingga bantuan kecemasan tiba.

Elektrik | Arus elektrik, Atom dan Strukturnya | Part 2

Entri sebelum ni telah diterangkan serba sedikit berkaitan arus elektrik, atom dan strukturnya. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas, bolehlah baca entri tersebut di  sini.



Elektron gerak atom dalam kabel
Elektrik yang bergerak sepanjang wayar dan litar. Cas bergerak dari satu atom ke atom apabila elektrik mengalir.

Semua atom perlu dalam keadaan seimbang, atom yang tidak seimbang akan menarik sebarang elektron bebas untuk mengisi tempat elektron yang hilang. Kita boleh kata bahawa atom yang tidak seimbang adalah bercas positif (+) kerana ia mempunyai lebih banyak proton (+).

Apabila elektorn disingkirkan, elektron bebas akan mencari atom yang tidak seimbang untuk mengikat dengan atom tersebut. Elektron bebas bercas negatif, dan tidak ada proton untuk mengimbanginya, oleh itu ia bercas negatif (-).

Apa Kaitan Cas Positif dan Negatif dengan Elektrik? 

Atom yang positif memerlukan elektron yang bersifat negatif agar ia boleh berada dalam keadaan seimbang, ia mempunyai tarikan yang kuat untuk elektron. Elektron juga mahu menjadi sebahagian daripada atom yang seimbang, oleh itu ia mudah tertarik ke atom yang bersifat positif. Jadi, positif menarik negatif untuk menjadi seimbang.

Semakin atom bersifat positif atau semakin banyak elektron negatif, semakin kuat tarikan. Apabila kita mempunyai kedua – dua kumpulan cas positif dan negatif yang tertarik antara satu sama lain, kita panggil ‘cas’ tarikan penuh.

Apabila elektron bergerak dalam lingkungan atom sesuatu jirim, arus elektrik akan terbentuk. Inilah yang terjadi pada seutas wayar. Elektron dipindahkan dari satu atom ke atom yang lain, menghasilkan arus elektrik dari satu hujung ke hujung yang satu lagi, seperti yang digambarkan dalam rajah di atas.

Kebolehan sesuatu benda mengkonduksikan elektrik adalah berbeza – beza. Ukuran rintangannya menentukan kebolehannya mengkonduksikan elektrik. Ada benda yang mengikat elektronnya dengan kuat. Oleh itu elektron tidak dapat bergerak dengan baik. Benda ini dipanggil sebagai penebat. Getah, plastik, kain, kaca dan udara yang kering adalah contoh – contoh penebat yang baik dan mempunyai tinggi rintangannya.

Sesetengah benda mudah untuk kehilangan elektron, yang mana mudah bergerak menerusi mereka dengan mudah. Ini dikenali sebagai konduktor. Kebanyakan logam - seperti tembaga (kuprum – logam berwarna merah keperangan berkilat), aluminium atau keluli – merupakan konduktor yang baik.

Untuk maklumat lebih lanjut bagaimana terhasilnya elektrik, korang boleh klik sini , sini dan sini.

Elektrik | Arus elektrik, Atom dan Strukturnya | Part 1


Arus Elektrik 

Elektrik amat penting dalam kehidupan kita. Elektrik menyalakan lampu di rumah kita, memasak makanan, menghidupkan komputer, televisyen dan lain – lain alat elektronik. Elektrik daripada bateri membolehkan kereta bergerak dan menyalakan lampu suluh kita.

Tapi apakah elektrik? Dari mana ia datang? Bagaimana ia berfungsi? Sebelum itu mari kita belajar sedikit mengenai atom dan strukturnya kerana ia berkait dengan elektrik. 

Atom dan Strukturnya 

Semua benda atau jirim terdiri daripada atom, dan atom terdiri daripada bahagian – bahagian kecil yang dikenali sebagai zarah. Tiga zarah yang membina atom ialah proton, neutron dan elektron. 



Elektron beredar mengelilingi pusat, atau nukleus, suatu atom, sama cara dengan bulan beredar mengelilingi Bumi. Nukleus terdiri daripada neutron dan proton.

Elektron bercas negatif, proton bercas positif. Neutron bersifat neutral – mereka bercas samaada negatif atau positif.

Terdapat pelbagai jenis atom, satu untuk setiap jenis elemen (unsur). Satu atom adalah sebahagian yang membentuk satu elemen. Terdapat sebanyak 118 jenis elemen yang telah diketahui yang membentuk pelbagai benda! Sesetengah elemen sepetri oksigen yang kita sedut amat penting dalam kehidupan. 

Setiap atom mempunyai bilangan elektron, proton dan neutron yang khusus. Tidak kira berapa banyak zarah – zarah yang dimiliki atom, bilangan elektron perlu sama dengan bilangan proton. Jika bilangannya sama, atom berkenaan adalah seimbang, dan ia amat stabil.

Jadi, jika satu atom mempunyai enam proton, ia sepatutnya mempunyai enam elektron. Elemen yang mempunyai enam proton dan enam elektron dikenali sebagai karbon. Karbon dijumpai banyak pada Matahari, bintang, komet, atmosfera kebanyakan planet, dan makanan yang kita makan. Arang batu diperbuat daripada karbon; begitu juga berlian.

Sesetengah atom akan kehilangan elektron. Suatu atom yang kehilangan elektron mempunyai lebih banyak proton berbanding elektron dan ia bercas positif. Suatu atom yang memperolehi elektron mempunyai lebih banyak zarah negatif dan ia bercas negatif. Atom yang dicaskan dikenali sebagai ‘ion’.

Elektron boleh bergerak dari satu atom ke satu atom yang lain. Apabila elektron – elektron tersebut bergerak antara atom – atom, arus elektrik terbentuk. Elektron yang bergerak dari satu atom ke atom yang lain dalam satu ‘aliran’. Satu elektron akan diikat dan satu elektron akan disingkirkan. 


Elektrik | Apa itu elektrik

Jika anda pernah melihat ribut petir, dengan kilat yang sedang sambar menyambar dari langit menuju ke tanah, mungkin anda mempunyai sedikit idea mengenai elektrik. Sambaran kilat yang tiba – tiba, yang hebat antara langit dan bumi. Tenaga satu kilat mencukupi untuk menyalakan 100 lampu yang berkuasa sepanjang hari atau boleh membuat beberapa ratus ribu keping roti bakar!. 

Apakah itu Elektrik?

Elektrik adalah sejenis tenaga yang boleh terbentuk pada satu kawasan atau mengalir dari satu tempat ke tempat yang lain. Apabila elektrik berada pada satu – satu kawasan ia dikenali sebagai elektrik statik (perkataan statik bermaksud suatu benda yang tidak bergerak), elektrik yang bergerak pula dikenali sebagai arus elektrik.


Apa itu Elektrik Statik

Elektrik statik selalunya berlaku apabila kita menggosok dua benda bersama. Jika kita menggosok balon dengan baju anda 20 atau 30 kali, kita akan mendapati bahawa balaon itu akan melekat pada baju kita. Ini berlaku kerana menggosokkan balon memberikan ia cas elektrik. Cas ini membuatkan balon itu melekat pada baju kita seperti magnet, kerana baju kita memperolehi cas elektrik yang berlawanan. Oleh itu baju dan balon akan menarik antara satu sama lain seperti dua hujung kutub sebiah magnet.

Apabila kita berjalan di atas hamparan nilon atau permaidani, dan kemudian kita memegang sesuatu seperti logam, contohnya tombol pintu atau kepala paip, kita akan mendapat kejutan elektrik – rasa seperti dicucuk. Ini berlaku kerana apabila kita berjalan di atas hamparan tersebut, kaki kita akan bergeser dengannya. Badan kita akan membina cas elektrik, apabila kita memegang logam, cas itu kemudian akan bergerak tiba – tiba menuju Bumi – itulah kejutan elektrik yang dirasai.

Kilat juga disebabkan oleh elektrik statik. Apabila awan hujan bergerak menerusi langit, awan – awan itu akan bergeser dengan udara di sekelilingnya. Ini menyebabkan terhasilnya cas – cas elektrik yang sangat besar. Kemudian, apabila cas – cas cukup besar, ia akan menyambar ke Bumi sebagai kilat. Kita selalu rasa seperti dicucuk di dalam udara apabila ribut berdekatan. Ini adalah elektrik dalam udara di sekeliling kita.