1 November 2015

Elektrik | Arus elektrik, Atom dan Strukturnya | Part 1


Arus Elektrik 

Elektrik amat penting dalam kehidupan kita. Elektrik menyalakan lampu di rumah kita, memasak makanan, menghidupkan komputer, televisyen dan lain – lain alat elektronik. Elektrik daripada bateri membolehkan kereta bergerak dan menyalakan lampu suluh kita.

Tapi apakah elektrik? Dari mana ia datang? Bagaimana ia berfungsi? Sebelum itu mari kita belajar sedikit mengenai atom dan strukturnya kerana ia berkait dengan elektrik. 

Atom dan Strukturnya 

Semua benda atau jirim terdiri daripada atom, dan atom terdiri daripada bahagian – bahagian kecil yang dikenali sebagai zarah. Tiga zarah yang membina atom ialah proton, neutron dan elektron. 



Elektron beredar mengelilingi pusat, atau nukleus, suatu atom, sama cara dengan bulan beredar mengelilingi Bumi. Nukleus terdiri daripada neutron dan proton.

Elektron bercas negatif, proton bercas positif. Neutron bersifat neutral – mereka bercas samaada negatif atau positif.

Terdapat pelbagai jenis atom, satu untuk setiap jenis elemen (unsur). Satu atom adalah sebahagian yang membentuk satu elemen. Terdapat sebanyak 118 jenis elemen yang telah diketahui yang membentuk pelbagai benda! Sesetengah elemen sepetri oksigen yang kita sedut amat penting dalam kehidupan. 

Setiap atom mempunyai bilangan elektron, proton dan neutron yang khusus. Tidak kira berapa banyak zarah – zarah yang dimiliki atom, bilangan elektron perlu sama dengan bilangan proton. Jika bilangannya sama, atom berkenaan adalah seimbang, dan ia amat stabil.

Jadi, jika satu atom mempunyai enam proton, ia sepatutnya mempunyai enam elektron. Elemen yang mempunyai enam proton dan enam elektron dikenali sebagai karbon. Karbon dijumpai banyak pada Matahari, bintang, komet, atmosfera kebanyakan planet, dan makanan yang kita makan. Arang batu diperbuat daripada karbon; begitu juga berlian.

Sesetengah atom akan kehilangan elektron. Suatu atom yang kehilangan elektron mempunyai lebih banyak proton berbanding elektron dan ia bercas positif. Suatu atom yang memperolehi elektron mempunyai lebih banyak zarah negatif dan ia bercas negatif. Atom yang dicaskan dikenali sebagai ‘ion’.

Elektron boleh bergerak dari satu atom ke satu atom yang lain. Apabila elektron – elektron tersebut bergerak antara atom – atom, arus elektrik terbentuk. Elektron yang bergerak dari satu atom ke atom yang lain dalam satu ‘aliran’. Satu elektron akan diikat dan satu elektron akan disingkirkan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan