Entri sebelum ni telah diterangkan serba sedikit berkaitan arus elektrik, atom dan strukturnya. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas, bolehlah baca entri tersebut di sini.
![]() |
Elektron gerak atom dalam kabel |
Semua atom perlu dalam keadaan seimbang, atom yang tidak seimbang akan menarik sebarang elektron bebas untuk mengisi tempat elektron yang hilang. Kita boleh kata bahawa atom yang tidak seimbang adalah bercas positif (+) kerana ia mempunyai lebih banyak proton (+).
Apabila elektorn disingkirkan, elektron bebas akan mencari atom yang tidak seimbang untuk mengikat dengan atom tersebut. Elektron bebas bercas negatif, dan tidak ada proton untuk mengimbanginya, oleh itu ia bercas negatif (-).
Apa Kaitan Cas Positif dan Negatif dengan Elektrik?
Atom yang positif memerlukan elektron yang bersifat negatif agar ia boleh berada dalam keadaan seimbang, ia mempunyai tarikan yang kuat untuk elektron. Elektron juga mahu menjadi sebahagian daripada atom yang seimbang, oleh itu ia mudah tertarik ke atom yang bersifat positif. Jadi, positif menarik negatif untuk menjadi seimbang.
Semakin atom bersifat positif atau semakin banyak elektron negatif, semakin kuat tarikan. Apabila kita mempunyai kedua – dua kumpulan cas positif dan negatif yang tertarik antara satu sama lain, kita panggil ‘cas’ tarikan penuh.
Apabila elektron bergerak dalam lingkungan atom sesuatu jirim, arus elektrik akan terbentuk. Inilah yang terjadi pada seutas wayar. Elektron dipindahkan dari satu atom ke atom yang lain, menghasilkan arus elektrik dari satu hujung ke hujung yang satu lagi, seperti yang digambarkan dalam rajah di atas.
Kebolehan sesuatu benda mengkonduksikan elektrik adalah berbeza – beza. Ukuran rintangannya menentukan kebolehannya mengkonduksikan elektrik. Ada benda yang mengikat elektronnya dengan kuat. Oleh itu elektron tidak dapat bergerak dengan baik. Benda ini dipanggil sebagai penebat. Getah, plastik, kain, kaca dan udara yang kering adalah contoh – contoh penebat yang baik dan mempunyai tinggi rintangannya.
Sesetengah benda mudah untuk kehilangan elektron, yang mana mudah bergerak menerusi mereka dengan mudah. Ini dikenali sebagai konduktor. Kebanyakan logam - seperti tembaga (kuprum – logam berwarna merah keperangan berkilat), aluminium atau keluli – merupakan konduktor yang baik.
Untuk maklumat lebih lanjut bagaimana terhasilnya elektrik, korang boleh klik sini , sini dan sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan