Apa Yang Menyebabkan Kilat Terjadi
Dalam keadaan ribut petir, terbentuk keadaan elektrik yang besar di dalam awan apabila cecair dan zarah – zarah ais mencapai keadaan beku dan berlanggar. Apabila keadaan ini sudah cukup besar, terjadinya percikan api yang besar antara mereka (elektrik statik) mengurangkan cas yang berasingan. Percikan kilat boleh berlaku antara awan – awan, antara awan dengan tanah atau antara awan denga udara.
Fakta Kilat
Kilat menyambar lebih kurang seratus kali per saat di permukaan Bumi yang mana lebih kurang tiga bilion kali setahun. Kilat boleh menyambar beberapa batu jauhnya dari keadaan ribut petir. Jika anda melihat wana tebal menghampiri, segera mencari perlindungan.
Beberapa tip untuk keselamatan anda jika di luar pada ketika ribut kilat.
=> Jauh dari benda yang cenderung disambar oleh pancaran kilat :
- Objek logam termasuk pagar, paip, landasan keretapi, kenderaan dan lain – lain
- Kawasan banyak air yang terbuka
- Kawasan yang ramai orang
- Pokok
- Tiang telefon
Adalah satu idea yang tidak baik untuk berdiri di atas bukit atau pada titik paling tinggi dalam satu – satu kawasan. Cari tempat yang rendah seperti lembah atau jurang. Kilat akan menyambar pada titik yang paling tinggi, jadi pastikan anda tidak berada di tempat tersebut.
Jika berada di kawasan lapang tanpa tempat berteduh apabila kilat sedang menghampiri, bongkok ke hadapan dan tangan di atas lutut. Jangan meniarap di atas tanah. Jika anda rasa rambut anda sedang menegak pada satu hujung, berhati – hati kerana ini adalah isyarat bahawa kilat akan menyambar anda.
Apa perlu dilakukan jika seseorang cedera akibat sambaran kilat?
Dapatkan bantuan kecemasan dengan mendail 9-9-9. Lakukan CPR jika mangsa tidak bernafas – menyentuh mangsa tidak akan menghasilkan kejutan elektrik. Beringat bahawa mangsa telah terbakar terutama sekali jika mereka memakai objek logam seperti, jam tangan, barang kemas atau kepala tali pinggang. Teman mangsa sehingga bantuan kecemasan tiba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan